Kesihatan adalah baik dari segi fizikal, mental dan sosial. Bukan hanya tiada penyakit. :)
Thursday, 12 December 2013
TIPS UNTUK SIHAT DAN JIMAT DUIT
1) Kurangkan makan di luar. Oleh kerana kebanyakan kedai mengutamakan kesedapan makanan, maka kebanyakan masa makanan yang dimasak mungkin adalah tidak baik untuk kesihatan (lebih lemak, gula dan garam).
2) Jika makan di luar, mintak air kosong dan bukan air yang manis. Air yang manis seperti air buah, minuman berkarbonat atau air yang mengandungi krimer (susu pekat) mempunyai kalori yang tinggi. Pengambilan kalori berlebihan (tanpa mengamalkan cara hidup yang aktif) boleh membuatkan kita gemuk.
# sila rujuk komen saya di post keratan akhbar tentang kalori berlebihan.
3) Berhenti merokok. Di samping harga yang mahal, rokok bukan sahaja merupakan risiko untuk mendapatkan serangan jantung malahan boleh mendatangkan kanser. Kos rawatan untuk kedua-dua penyakit ini boleh membuatkan perokok itu sendiri kehabisan wang simpanan.
4) Lakukan saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, gula, lemak dan kolesterol dalam badan sekurang-kurangnya setahun sekali. Jika bacaan semakin tinggi, lakukan langkah-langkah pencegahan dengan lebih berkesan. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati?
5) Jika anda sedang mengandung sekarang, pilihlah untuk memberi anak anda susu ibu paling kurang sehingga umur bayi 6 bulan. Selain daripada dapat menjimatkan duit kerana tidak perlu membeli susu tepung, penyusuan susu ibu juga dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak. Selain itu, susu ibu juga mengandungi antibodi (biasanya anak yang meminum susu ibu kurang sakit berbanding yang tidak minum). Kajian juga membuktikan bahawa anak yang meminum susu ibu mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding yang tidak.
6) Jika boleh, berhenti mengajar anak meminum minuman berkarbonat dan makan makanan segera (fast food). Selain daripada mahal, makanan ini memang langsung tidak baik untuk kesihatan.
# tapi kalau nak suruh anak berhenti, ibu bapa kena berhenti dulu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
minum minuman berkarbonat memang tak sihat.minum banyak lepas tu dahaga macam tak jumpa air. Ya, susu ibu jimat, saya selalu dengar keluhan ibu-ibu yang keluarkan duit sebulan beberapa ratus hanya untuk susu tepung sahaja. Belum dicampur dengan belanja pengasuh, makan, pakai anak.
ReplyDelete