Tuesday, 3 December 2013

BAGAIMANA PERSEKITARAN MEMPENGARUHI KESIHATAN?

Kesihatan sebenarnya adalah berkait dengan faktor persekitaran. Persekitaran yang tidak sihat akan mempengaruhi taraf kesihatan diri kita. Persekitaran yang saya maksudkan bukan sahaja tertakluk kepada keadaan fizikal sekeliling, malahan budaya hidup juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kesihatan.
Sebagai contoh, jika kita tinggal di kampung yang penduduk di kampung tersebut merasakan menjadi perkara biasa untuk budak berumur 14tahun merokok di hadapan orang dewasa, maka akan ramai pelajar sekolah di kampung tersebut yang akan merokok di usia yang muda. Begitu juga dengan pengambilan dadah. Jika di kampung tersebut anak2 muda biasanya berkumpul beramai2 untuk mengambil dadah, maka ramai anak muda di kampung tersebut akan menjadi penagih dadah. Pengambilan arak juga menjadi perkara biasa di pedalaman Sabah dan Sarawak kerana upacara meminum arak adalah sebahagian daripada budaya mereka.
Di satu daerah kecil, terdapat kebanyakan wanita muda yang mengandung anak luar nikah datang daripada satu kampung yang sama. Sudah tentu melahirkan anak luar nikah di kampung tersebut merupakan perkara yang mungkin dianggap 'biasa'. Jadi bukanlah perkara yang pelik jika wanita muda daripada kampung tersebut yang baru menjangkau 20an datang ke klinik dengan HIV bukan? Kerana seks bebas menjadi budaya yang biasa untuk mereka.
Sebenarnya, jika kita bercakap tentang faktor persekitaran, kebanyakan masa kita sukar untuk ubah persekitaran kita. Sukar jika melakukannya seorang diri. Tetapi jika usaha tersebut dilakukan secara beramai2 dan berkerjasama, maka lebih mudah untuk ubah persekitaran kepada yang lebih baik.
Sekarang mari kita fikirkan persekitaran yang kita sedang duduki. Adakah ianya baik untuk diri kita? Adakah ianya baik untuk perkembangan anak-anak kita? Apakah yang dianggap 'biasa' di kawasan kita? Apakah perkara yang anak anda atau orang muda di kawasan anda rasakan 'biasa' atau 'normal'? Apa yang saya ingin cuba sampaikan di sini?
Jika persekitaran anda adalah tidak sihat, ajaklah penduduk di kawasan tersebut untuk sama-sama mengubah keadaan. Jika anda tidak tahu bagaimana, cuba rujuk kepada badan kerajaan yang berkaitan (agensi dadah, kementerian wanita, kementerian kesihatan dan lain-lain). Jika banyak usaha telah dilakukan untuk mengubah keadaan persekitaran, tetapi semuanya tidak berjaya, maka adalah lebih baik anda sekeluarga pindah dan tinggal di tempat lain. Atau paling tidak masukkan anak-anak anda ke asrama yang jauh daripada rumah supaya mereka tidak menganggap persekitaran tidak sihat tersebut sebagai 'normal'. Saya harap anda dapat share atau memberitahu perkara ini kepada keluarga dan saudara-mara yang terdekat supaya kita dapat menjaga persekitaran kita bersama.

No comments:

Post a Comment