Friday 29 November 2013

DEMAM, BATUK & SELSEMA, perlukah ubat?


Kebanyakan demam batuk dan selsema adalah disebabkan oleh virus. Jangkitan virus yang menyebabkan demam batuk dan selsema adalah kebanyakan masa boleh baik sendiri tanpa bantuan ubat (self-limiting). Badan akan mengambil masa beberapa hari untuk membina ketahanan diri dan melawan virus bagi sembuh. Dalam masa ini, jika tiada ubat diambil, kita masih akan sembuh dalam 3-5hari. Kebanyakan masa orang yang dijangkiti samada tiada demam atau ada demam pada tahap yang rendah.

Banyak orang akan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. Namun begitu, kebanyakan doktor akan hanya memberi ubat demam, batuk dan selsema tanpa memberi antibiotik. Ini kerana antibiotik tidak boleh merawat jangkitan yang disebabkan oleh virus. Selalunya antibiotik diberi kepada pesakit yang sangat berkemungkinan mempunyai jangkitan yang disebabkan oleh bakteria melalui hasil pemeriksaan doktor. Namun begitu, jika pesakit yang tidak menghabiskan antibiotik yang diberi, kuman boleh menjadi resistant terhadap antibiotik. Kuman ini boleh disebarkan kepada orang lain, dan mengakibatkan orang lain dijangkiti oleh kuman yang resistant terhadap antibiotik tersebut.

Berbeza dengan orang dewasa atau kanak2 yang sudah besar, doktor biasanya tidak memberi ubat selsema dan batuk kepada bayi yang kurang daripada 1 tahun. Ini kerana ubat ini tidak sesuai untuk mereka. Seperti yang saya katakan sebentar tadi, batuk dan selsema disebabkan oleh virus ini boleh baik dengan sendiri kerana badan akan membina antibody bagi melawan virus tersebut. Ibu bapa hanya perlu pastikan hidung bayi tersebut tidak tersumbat bagi mengelakkan gangguan pernafasan kepada bayi. Bayi yang sukar untuk bernafas biasanya akan selalu merengek kerana sukar untuk tidur dan makan. Selain daripada itu, jika mereka ada bunyi seperti kahak yang terlalu banyak, tepuklah belakang dada mereka dengan perlahan (chest physio) bagi melembutkan kahak tersebut dan memudahkan mereka samada untuk menelan atau memuntahkan kahak tersebut (sudah tentu bayi tidak pandai membuang kahak dengan sendiri seperti orang dewasa).

Kaedah yang sama boleh diguna pakai untuk kanak2 yang masih kecil. Ini penting bagi mengelakkan mereka mempunyai kahak yang terlampau banyak sehingga mereka sesak nafas dan mempunyai kemungkinan untuk mendapatkan jangkitan paru-paru. Selalunya doktor akan memberi ubat batuk jenis (expectorant) kepada kanak2 kecil untuk membolehkan mereka terus batuk dan mengeluarkan kahak. Ubat batuk ini tidak perlu dimakan sekiranya kahak mereka tiada atau sudah sangat cair dan berwarna putih. Jika berterusan diberi ubat batuk jenis expectorant ini, kanak2 tersebut akan terus batuk kerana ubat ini boleh merangsang mereka untuk batuk. Ubat untuk berhentikan batuk adalah dari jenis antitussive. Namun begitu ubat ini biasanya tidak diberi kepada kanak2 kerana kebanyakan daripada mereka masih tidak begitu pandai untuk membuang kahak tersebut dengan sendiri.

Jadi, kesimpulannya;
- jangan minta antibiotik kepada doktor. Jika doktor tidak beri, ada kemungkinan anda sebenarnya tidak memerlukan antibiotik
- bayi berumur 1 tahun ke bawah, pastikan hidung mereka tidak tersumbat
- its ok kalau bayi atau kanak2 memuntahkan kahak mereka sebab mereka tidak pandai mengeluarkannya sendiri
- jika doktor beri antibiotik, sila makan mengikut masa yang ditetapkan sehingga habis
- jangan berharap anak anda akan berhenti batuk sekiranya anda berterusan memberi mereka ubat batuk jenis expectorant (tanya doktor anda ubat itu jenis apa)
- berjumpa dengan doktor sekiranya mempunyai demam yang tinggi (lebih daripada 38.5'c) secara berterusan selain daripada batuk dan selsema

4 comments:

  1. Saya setuju dengan pendapat di atas. Untuk itu kita juga perlu mengambil supplement Untuk abtibodi kita.

    Jika anda ingin mendapatkan supplement yang terbaik dari Shaklee boleh hubungi saya di 0167684878

    ReplyDelete
  2. salam doktor,
    anak sy batuk dan selsema..dia tidak demam..apa yg merisaukan sy dia batuk di waktu malam dan muntah..setiap kali dia menyusu, dia akan batuk dan muntah..sy bawa ke klinik, dan doktor cakap paru2 dia x sihat,ada sedikit bunyi, so doktor risau makin teruk, so doktor bagi ubat antibiotik, ubat cair kahak, dan ubat untuk meluaskan saluran pernafasan..anak sy berumur 8 bulan setengah..skrg ni sy risau patutkah sy berikan kesemua ubat yg diberikan oleh doktor tersebut kpd anak sy..

    ReplyDelete
  3. Info yg sangat bagus buat ibu2 semua.

    ReplyDelete
  4. Hotel Casino & Spa in Ridgefield - MapyRO
    › casino › mountain- › casino 거제 출장샵 › mountain- 4 hours ago — 4 충청남도 출장안마 hours ago Looking for hotels near Fort 사천 출장샵 Myers Casino and Spa? Choose from 36 hotels within a 15 minute walk. Search for more nearby hotels 용인 출장마사지 near Fort Myers Casino 서산 출장안마 & Spa

    ReplyDelete