Thursday 7 November 2013

KESAN AKIBAT DIABETES

Kesan jangka masa panjang bagi diabetes mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk berkembang sekiranya paras gula dalam badan tidak terkawal sepanjang tempoh ini. Namun begitu, ada juga pesakit kencing manis (diabetic patient) yang didapati mempunyai kesan jangka masa panjang saat pertama kali dia dikesan mempunyai kencing manis (diabetes). Mengapakah ini berlaku?

Ini berlaku kerana, pesakit tersebut tiada tanda-tanda diabetes dan tidak pernah berjumpa dengan doktor untuk membuat saringan diabetes. Atau mungkin dia sudah lama mempunyai tanda-tanda kencing manis (symptoms of diabetes), namun dia tidak mengendahkannya dan tidak berjumpa dengan mana-mana doktor kerana tanda-tanda tersebut dianggap biasa. Keadaan ini boleh berlanjutan sehingga beberapa bulan dan tahun. Pesakit seperti ini biasanya akan berjumpa dengan doktor jika keadaannya begitu tenat, iaitu bila dia telah mempunyai kesan-kesan jangka masa panjang kencing manis (diabetes). Oleh sebab itu, apabila dia berjumpa doktor saat dia sangat tenat itu, dia bukan sahaja diberitahu yang dia mempunyai kencing manis (diabetes), malahan dia mungkin telah ada penyakit-penyakit yang lain. Penyakit-penyakit yang lain ini adalah merupakan kesan-kesan diabetes yang tidak dikawal dengan baik.

Perkara ini adalah biasa didapati di negara kita. Kebanyakan pesakit yang mempunyai tanda-tanda kencing manis (diabetes) takut untuk tampil berjumpa doktor pada permulaan tanda-tanda kencing manis (diabetes) itu dikesan. Sebenarnya, jika penyakit kencing manis (diabetes) itu dapat dikesan awal, langkah pengawalan paras gula dapat dilakukan segera. Ini akan membantu mencegah komplikasi kencing manis.

Paras gula dalam darah yang tidak terkawal untuk jangka masa yang panjang, boleh mengakibatkan kesan-kesan (komplikasi) akibat kencing manis (diabetes). Komplikasi ini terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular) dan kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular).
Kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular complication) :
·                     Serangan jantung
·                     Halangan kepada laluan pembuluh salur darah (arteri) di kaki 
·                     Lumpuh (stroke) – samada sepenuhnya (tidak boleh berjalan, bercakap atau makan) atau lumpuh separuh badan

Kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular complication) :
·                     Kegagalan fungsi buah pinggang. Jika kegagalan kedua-dua fungsi buah pinggang adalah sepenuhnya, pesakit tersebut memerlukan dialysis.
·                     Mata yang kabur dan buta. Tiada jalan untuk sembuh daripada buta disebabkan oleh kencing manis (diabetes).
·                     Saraf yang kurang rangsangan (terutamanya di bahagian hujung tangan dan kaki). Pesakit biasa akan merasa kebas pada hujung kaki dan tangan. Dia juga mungkin kurang deria rasa (sakit/ panas) pada kaki dan tangan. Oleh itu, mereka kadangkala tidak perasan dan tidak sedar jika terpijak benda tajam atau berdiri di atas permukaan yang terlalu panas. Ini akan menyebabkan mereka mendapat luka yang tidak disedari di tapak kaki.
·                     Boleh juga mengakibatkan mati pucuk.
  
Kesan-kesan lain:
·                        Jangkitan kulat pada kulit. Biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai resistant terhadap insulin dan orang yang obese.
·                        Mudah mendapatkan apa jua jenis jangkitan termasuk jangkitan paru-paru.
·                       Jangkitan dan ulcer pada kaki. Disebabkan saraf yang kurang rangsangan, mereka mudah mendapat luka di kaki. Jika paras gula sentiasa tinggi di dalam darah, luka sudah pasti sukar untuk sembuh. Luka yang tidak sembuh disertai dengan jangkitan dan paras gula yang tinggi, menyebabkan jangkitan mudah untuk merebak. Apabila jangkitan merebak ke tulang di bahagian kaki, ini akan menyebabkan kaki dipotong untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke bahagian lain dalam badan.

Jika kita lihat kesan-kesan ini semua adalah sangat teruk. Mata buta, lumpuh, kaki dipotong dan buah pinggang gagal berfungsi sehingga menyebabkan dialysis adalah perkara yang kita sama sekali tidak mahu terjadi kepada diri sendiri mahupun ahli keluarga yang lain. Oleh itu, bermula daripada sekarang, pilihlah untuk mencegah diabetes. Jika anda sudah pun mempunyai diabetes, pilihlah untuk mengawalnya dengan bijak. Buat pilihan yang bijak, pilih untuk sihat tanpa perlu ada komplikasi diabetes. J


11 comments:

  1. good info dr. Jemput visit saya di www.vitamincerdik.blogspot.com. ketahui bagaimana mencegah atau mengawal diabetes.

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat membantu dr. Thank you so much

    ReplyDelete
  3. Nak mencegah diabetes....
    Mai whatsapp 0176607841 ...
    Insyaallah saya cuba bantu anda...
    Tak memudaratkan kesihatan...
    Lebih baik mencegah sebelum terlambat...

    ReplyDelete
  4. info yang sangat membantu saya memahami komplikasi akibat penyakit kencing manis. Terima kasih doktor

    ReplyDelete
  5. Info sgt berguna utk diabetes patient.t.q dtr

    ReplyDelete
  6. Info sgt berguna utk diabetes patient.t.q dtr

    ReplyDelete
  7. Dr, maklumat yang amat relevan dengan kesan penyakit kencing manis. Mengikut statistik kajian kesihatan pada tahun 2015 sebanyak 17.5% atau 3.5 juta rakyat Malaysia mengidap penyakit kencing manis. Angka ini menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding kajian pada tahun 2011 yang menunjukkan peratusan adalah 15.2%.
    Data dari maklumat pesakit di sebuah hospital kerajaan di Malaysia merekodkan, 11% daripada jumlah pesakit kencing manis yang menerima rawatan di hospital tersebut dikesan mengalami komplikasi buah pinggang. Kesan komplikasi ini akan mengubah seluruh aktiviti kehidupan dan akan amat memberi kesan kepada pesakit.
    Cara hidup yang sehat seperti melakukan senaman, pemakanan yang sehat serta pengambilan ubatan samaada moden atau alternatif perlu diamalkan oleh semua orang apatah lagi yang telah dikesan mengalami kencing manis.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat Doktor.
    jemput ke Blog saya untuk mengetahui supplemen yang sesuai untuk pesakit Diabetes http://timzahraa.blogspot.my/2017/01/supplemen-untuk-pesakit-kencing-manis.html

    ReplyDelete
  9. dr saya ada lebam akibat luka yang dah kering. wsrna hitam. ada 4. tapi kaki sebelah kiri mmg xde apa. itu sign of diabetis ke

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas info ini ya Dr. Saya jadikan sebagai rujukan.

    ReplyDelete
  11. terima kasih doktor.. info yg sgt menarik..

    ReplyDelete