Setiap individu adalah unik. Mereka mempunyai risiko yang berbeza
terhadap kencing manis (diabetes). Ada orang yang tiada risiko diabetes, manakala ada yang mempunyai
lebih daripada satu risiko diabetes. Tiada siapa boleh
meramal bila seseorang itu akan mendapat penyakit diabetes. Namun, apa yang perlu kita tahu, jika kita adalah
golongan yang berisiko untuk menghadapi diabetes, kita
perlu lakukan sesuatu untuk mencegahnya.
Risiko diabetes boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu
risiko yang tidak boleh diubah dan risiko yang boleh diubah. Mengapakah
terdapat risiko yang tidak boleh diubah? Kebanyakan risiko yang tidak boleh
diubah adalah lebih kepada risiko yang melibatkan genetik. Kita tidak boleh
memilih sipakah ibu bapa kita (kerana genetik biasanya diturunkan daripada ibu
dan bapa kepada anak), namun kita sentiasa boleh melakukan amalan yang membawa
kepada kehidupan yang sihat.
RISIKO TIDAK BOLEH DIUBAH
UMUR. Semakin seseorang
itu berumur, risiko untuk mendapat diabetes semakin meningkat. Seseorang
yang berumur lebih 35 tahun sudah dianggap berisiko untuk mendapat diabetes. Lebih membimbangkan adalah trend terkini di mana pesakit
kencing manis yang baru dikesan adalah jauh lebih muda (25 tahun – 35 tahun)
berbanding pada waktu dahulu. Pada 10 tahun yang lepas, kebanyakan pesakit kencing
manis yang baru dikesan adalah terdiri daripada mereka yang sudah menjangkau
umur hampir setengah abad.
IBU DAN BAPA YANG MEMPUNYAI KENCING MANIS (SEJARAH KELUARGA / FAMILY
HISTORY). Tahukah anda bahawa jika salah
seorang daripada ibu bapa anda mempunyai diabetes, risiko anda untuk
mendapatkan diabetes pada masa akan datang adalah
10%. Namun begitu, jika kedua-dua ibu bapa anda mempunyai diabetes, risiko anda untuk mendapatkan kencing manis pada masa
akan datang adalah 90%. Tinggi bukan? Ya, risiko ini adalah tinggi dan
kemungkinan besar anda adalah salah seorang pesakit kencing manis pada masa
datang, namun begitu, anda masih boleh melambatkan proses kencing manis ini
terjadi. Lakukan amalan pencegahan diabetes sekarang!!! Jika anda telah pun menghidap diabetes, masih tidak terlambat untuk mengawalnya. Bertindaklah
sekarang sebelum anda mempunyai komplikasi (kesan) akibat kencing
manis (diabetes).
BANGSA INDIA. Keturunan atau bangsa India lebih berisiko tinggi
untuk mendapatkan diabetes berbanding dengan bangsa Melayu dan bangsa Cina.
Tetapi ini tidak bermakna tiada orang Melayu dan Cina yang akan dapat kencing
manis (diabetes). Ini cuma bermaksud, kaum India perlu lebih awal
mengamalkan langkah pencegahan diabetes. Jika perlu,
ajarkan kepada anak-anak anda langkah pencegahan diabetes.
RISIKO YANG BOLEH DIUBAH
BERAT BADAN BERLEBIHAN DAN OBESITY. Obesity juga kadangkala dikaitkan dengan kekebalan insulin (sila rujuk
post apa itu kencing manis). Kekebalan insulin ini adalah perangsang kepada
pembentukan diabetes di
kalangan orang yang gemuk.
CARA HIDUP YANG TIDAK SIHAT.
Memakan makanan yang tinggi gula, karbohidrat, garam dan lemak di samping tidak bersenam
membolehkan seseorang itu mendapatkan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes,
darah tinggi, tinggi kolesterol dan serangan jantung.
No comments:
Post a Comment